7 Punca Kulit Bayi Kering (Merangkumi Rawatan)

Kulit bayi kering dan mengelupas selepas lahir? Jangan khuatir sebab ini sebenarnya fenomena yang agak normal di kalangan bayi-bayi yang baru lahir.

Apa yang akan kita bincangkan di dalam topik ini:

  • Kenapa kulit bayi mengelupas dan kering.
  • Rawatan yang diperlukan.
  • Masalah kulit-kulit lain yang patut dirawat.
A baby with dry skin.

Kulit bayi mengelupas.

 

7 punca kulit bayi kering

Sebelum anda menyapu losyen ataupun krim pada kulit bayi anda yang baru lahir, anda patut mengetahui puncanya terlebih dahulu.

Jadi, mengapakah kulit bayi menjadi kering selepas lahir?

1. Kulit yang tipis

Kulit bayi, kalau dibandingkan dengan orang dewasa, adalah lebih sensitif. Ini adalah kerana kulit bayi selepas lahir adalah sangat nipis.

Kadangkala disebabkan kulit bayi terlalu nipis, ia tidak dapat mengekalkan kelembapan kulit yang diperlukan. Oleh itu, kebanyakan bayi-bayi yang baru lahir mengalami masalah ini.

2. Suhu bilik

Sekiranya kelembapan udara sekitar bayi sentiasa berada dalam keadaan yang kering, kulit bayi boleh menjadi kering juga.

Terutamanya bayi yang sentiasa berada dalam bilik berhawa dingin. Bilik yang terlampau panas juga akan menyebabkan kulit bayi mengelupas.

3. Pakaian bayi yang ketat

Kalau cuaca terlalu panas, janganlah gunakan pakaian yang terlalu ketat untuk bayi. Walaupun memang difahami kebanyakan ibubapa khuatir pasal selsema dan batuk tetapi ini bukan caranya.

Untuk kulit bayi yang kering dan sensitif, biar pakaian longgar sedikit.

Baby in a laundry basket.

Gunakan produk dobi yang bersesuaian.

4. Produk dobi

Sesetengah produk dobi untuk membersihkan baju bayi mengandungi parfum boleh menganggu kulit bayi. Sekiranya boleh, gunakan produk yang tidak mengandungi bahan pewangi.

Baju bayi patut dibilas sekurang-kurangnya 2 kali supaya tiada bahan pencuci yang tertinggal.

5. Mandi terlalu kerap

Adalah disyorkan supaya bayi-bayi yang kecil/baru lahir dimandikan sekali sehari sahaja. Jikalau bayi dimandikan terlampau banyak, ini akan menyebabkan kulit bayi kering.

Apabila terlampau kering, kulit akan mengelupas. Kalau terlalu kering, kulit akan meretak and bayi anda akan merasa kesakitan.

6. Sabun mandi kuat

Walaupun terdapat pelbagai jenama sabun di pasaran untuk bayi, anda patut was was ketika membuat pembelian.

Baca terlebih dahulu kandungan sabun tersebut sebelum menggunakannya.

Breastfeeding a child.

Pastikan anak anda mendapat susu yang mencukupi.

7. Susu tidak mencukupi

Ibu-ibu di Malaysia, malah di seluruh dunia disarankan supaya menyusu bayi-bayi mereka. Sekiranya kadar penyusuan tidak memuaskan, kulit bayi boleh kering juga. Penyusuan bayi patut dilakukan sekerap yang mungkin, dan tidak melebihi 3 jam untuk setiap penyusuan.

Salah satu cara untuk mengetahui sama ada bayi mendapat susu yang mencukupi adalah mengira lampin yang ditukar. Kadar penukaran lampin yang basah untuk 6-8 kali sehari menunjukkan bahawa anak anda mendapat susu yang diperlukan.

 

Pelembab untuk kulit kering pada bayi

Memang biasa kita akan fikirkan pasal menggunakan pelembab untuk kulit kering pada bayi. Sebelum anda menggunakan produk-produk pelembab untuk bayi anda, pastikan anda menghapuskan punca yang disebut di atas terlebih dahulu.

Bayi-bayi bawah umur sebulan kebanyakannya tidak memerlukan sebarang krim pelembab. Akan tetapi, adanya juga kes-kes masalah kulit yang boleh menyebabkan kulit bayi kering. Ini termasuk cradle cap, eksema, gigitan upeh, HFMD, kulat, ruam panas, tompok mongolian dan sebagainya.

Sekiranya anda nak mengetahui rawatan untuk masalah kulit bayi yang disebut di atas secara lanjutnya, dijemput membaca artikel kami, 13 petua hilangkan ruam bayi.

Applying lotion to a baby.

Baca bahan kandungan losyen bayi.

Jadi, bila patut kita menggunakan krim pelembab untuk kulit kering pada bayi?

Suu Balm Kids 45ml

Pelembab untuk kulit kering pada bayiSuu Balm.

Apabila anda telah menghapuskan punca kulit bayi kering yang disebutkan tetapi kulit bayi tetap kering. Dengan pelbagai jenama krim pelembab bayi di pasaran, rambang mata kalau memilih.

Akan tetapi, yang penting krim pelembab tersebut mengandungi bahan-bahan yang selamat untuk kulit bayi. Sama ada organik ke tidak, terpulang pada anda asalkan krim pelembab melakukan fungsinya, iaitu melembabkan kulit.

Bathing an infant.

Jangan mandikan anak anda terlalu banyak kali.

 

Cara mengelakkan kekeringan

Sekarang anda telah mengetahui punca-punca utama kenapa kulit bayi kering, cara mengelakkan ia daripada berlaku patutnya tidak susah. Langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:

  • Mandikan bayi sekali sehari (melainkan bayi kotor amat sekali).
  • Gunakan sabun pencuci yang bersesuaian terutamanya yang dikhaskan untuk kanak-kanak.
  • Jangan menggunakan sabun mandi atau syampu yang terlampau kuat.
  • Pakaian bayi patut longgar.
  • Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas dan tidak berbulu.
  • Pastikan bayi anda mendapat susu yang mencukupi supaya penghidratan kulit dikekalkan.

Apabila anda telah mengambil langkah-langkah yang disebutkan di atas, anda juga boleh menggunakan krim pelembab atau losyen untuk kulit bayi kering. Ini merupakan langkah yang penting sebelum menggunakan krim medikasi yang lebih kuat seperti steroid.

Salah satu krim pelembab yang sesuai untuk kanak-kanak dari semua umur dan tidak mengandungi steroid tetapi boleh membantu mengurangkan kekeringan serta kegatalan adalah Suu Balm.

Jika dibandingkan dengan losyen untuk kulit bayi kering, Suu Balm tidak melekit dan mengandungi menthol yang mampu mengurangkan kegatalan kulit.

Kebanyakan masalah kulit terutamanya jenis yang gatal, tidak dapat kembali ke keadaan asal kerana kulit berulang-ulang kali digaru. Apabila anak anda tidak mengaru kulit, ini akan mempercepatkan proces pemulihan kulit yang kering dan meretak.

Krim pelembab Suu Balm Kids dari RM64.90.

Jadi, bila patut kulit bayi yang kering memerlukan rawatan perubatan? Kita akan bincangkan di segmen yang seterusnya.

 

Ubat ruam bayi

Walaupun kes-kes majority kulit bayi kering adalah tidak merbahayakan, adanya tanda-tanda yang anda patut berwaspada.

Di antaranya ialah:

  • kulit merah dan panas apabila disentuh
  • bayi cuba menggaru kulitnya
  • bayi menangis apabila kulit disentuh
  • nanah kelihatan di kulit
  • kulit bayi retak
  • bayi demam dan tiada selera minum/makan

Sekiranya anda melihat tanda-tanda sebegini pada anak anda, janganlah tunggu dan segera berjumpa dengan seorang doktor untuk siasatan selanjutnya.

Ini adalah kerana kes sebegini bukan sekadar kulit kering sahaja, malah memerlukan ubat-ubatan untuk pulih sepenuhnya. Antara ubat ruam bayi yang mungkin digunakan:

A steroid cream.

Krim steroid adalah tidak merbahaya jika digunakan secara berhati-hati.

Krim steroid

Untuk kes-kes kulit kering yang disebabkan oleh ekzema, doktor mungkin akan menetapkan penggunakan krim steroid untuk mengawalnya.

Ramai yang tidak gemar menggunakan krim steroid sebab kesan sampingannya. Akan tetapi anda patut tahu, bahawa krim steroid (terutamanya krim yang berkekuatan rendah) jika digunakan dengan betul, adalah selamat untuk bayi.

Antihistamin

Lebih dikenali  sebagai ubat selsema, boleh digunakan untuk mengurangkan kegatalan pada kulit bayi.

Namun, antihistamin hanya dibenarkan untuk bayi yang lebih tua, sekurang-kurangnya umur lebih setahun. Antara jenama antihistamin yang selamat digunakan adalah Zyrtec.

Antibiotik

Jikalau kulit bayi menjadi merah, sakit dan bernanah, kemungkinan besar kulit dijangkiti kuman.

Kuman-kuman tersebut terdiri daripada kumpulan bakteria yang hanya boleh dibunuh melalui penggunaan antibiotik. Antibiotik akan diberikan untuk merawat jangkitan kulit apabila telah disahkan oleh seorang doktor.

 

Kembali pada anda

Masihkah kulit bayi anda kering selepas menggunakan kaedah di atas?

Ada cara cara lain yang anda gunakan selain daripada yang disebut?

Amat disilakan untuk berkongsi pengalaman anda mengendalikan kulit bayi anda yang kering melalui komen di bawah!

Rujukan:

  1. Dry Skin | BabyCenter
  2. Why Is My Newborn’s Skin Peeling? | Healthline
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *