13 Cara Hilangkan Ruam Bayi (Panduan Lengkap 2019)
Kadangkala, saya akan berjumpa dengan ibu bapa yang betul-betul bimbang mengenai jenis ruam bayi yang muncul pada kulit bayi mereka. Ini memang membimbangkan, terutamanya jikalau anda tidak pasti.
Walaubagaimanapun, kebanyakan ruam yang muncul pada kulit bayi yang baru dilahirkan adalah jinak.
Secara umumnya, anda patut mengetahui 13 jenis ruam bayi dan cara hilangkan ruam bayi di bawah:
- Cradle cap
- Eksema
- Gigitan upeh
- HFMD
- Hives
- Jerawat neonatal
- Kulat
- Kulit ayam
- Milia
- Ruam lampin
- Ruam panas
- Toksikum eritema
- Tompok mongolian
Cradle Cap
Masalah cradle cap ini biasanya dijumpai di atas kepala bayi.
- Berlaku pada bayi yang berumur lebih kurang 3 bulan.
- Akan tetapi, bayi yang lebih tua juga boleh mendapat cradle cap.
- Istilah cradle cap berasal daripada perkataan minyak.
- Selain kulit kepala, ia boleh mejejaskan kelopak mata dan hidung juga.
- Disebabkan oleh produksi minyak yang berlebih dalam kulit kepala.
- Tidak berjangkit.
- Boleh dikatakan sebagai kelemumur bayi.

Tompok kuning di atas kepala bayi.
Rawatan:
- Tiada rawatan khas yang diperlukan.
- Akan sembuh apabila bayi membesar.
- Basuh kepala bayi dengan syampu yang ringan sudah mencukupi.
- Kalau cradle cap berlarutan, patut berjumpa dengan doktor.
- Syampu kulat boleh digunakan untuk kes cradle cap yang teruk.
Ekzema
Dalam perkataan lain, alahan kulit.
Agak biasa di kalangan rakyat Malaysia terutamanya apabila sejarah keluarga yang ada latar belakang asma.
- Ruam bayi ini kerap muncul pada bayi sebelum umur 5 tahun.
- Hampir 20% bayi dan budak kecil mengalami eksema.
- Ruam pipi bayi merah dan permukaannya kering.
- Bayi akan berasa gatal dan akan cuba menggarunya.
- Kulit boleh menjadi radang apabila terlebih garu.
- Ekzema dijumpai di kepala bayi.
- Ia juga boleh dijumpai di celah celah leher, tangan dan kaki juga.

Ruam akan kelihatan merah dan bengis.
Rawatan:
- Mandi dengan air suam.
- Jangan mandikan bayi terlalu lama.
- Keringkan badan bayi dengan menepuk tuala tanpa menggosok kulit.
- Kerap menyapu krim pelembap (3-4 jam sekali) pada kulit yang kering dan merah.
- Gunakan sabun dan syampu yang ringan.
- Kalau ruam menjadi lebih teruk, sila rujuk pada seorang doktor.
- Krim steroid yang ringan boleh digunakan untuk kes-kes ekzema.
Gigitan Upeh
Gigitan upeh (atau dikenali sebagai stork bite dalam bahasa Inggeris) adalah sejenis tanda lahir.
- Disebabkan oleh kecacatan formasi salur darah di dalam kulit bayi.
- Adalah jinak dan tidak membimbangkan.
- Biasanya formasi ini dilihat pada muka, kelopak mata ataupun leher belakang bayi.
- Lebih prominen jikalau bayi menangis.
- Inilah adalah kerana peningkatan saluran darah ke arah kawasan tersebut.

Boleh dijumpai di muka bayi juga.
Rawatan:
- Tiada rawatan khas yang diperlukan.
- 95% bayi yang ada ruam tersebut akan pudar apabila bayi membesar.
- Kadangkala mengambil masa sekurang-kurangnya setahun.
- Sekiranya sudah bertahun tapi ruam masih kekal, rawatan laser boleh dipertimbangkan.
HFMD
HFMD, ataupun dikenali sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut.
- Disebabkan oleh kuman virus.
- Merebak melalui air liuh, lendir hidung, cecair dari lepuh dan najis.
- Paling berjangkit pada minggu pertama.
- Anak-anak yang lebih mudah lebih senang dijangkiti HFMD.
- Kadangkala diikuti demam pada hari pertama dan kedua.

Tompol merah berisi cecair yang boleh berjangkit.
Rawatan:
- Kebanyakan kes HFMD sembuh secara semulajadi selepas 2 minggu.
- Antibiotik tidak diperlukan.
- Ubat demam seperti panadol/uphamol boleh digunakan untuk melegakan demam.
- Tapak tangan dan kaki disapu dengan losyen calamine untuk mengurangkan kegatalan.
- Krim lampin boleh digunakan untuk ruam di bahagian punggung.
- Makan makanan yang sejuk untuk mengurangkan sakit ulser di mulut.
- Sapu gel ulser jikalau perlu.
- Jumpa doktor dengan segera jika demam berlarutan lebih 48 jam ataupun selera makan bayi semakin kurang.
Hives
Kalau menterjemahkan hives kepada bahasa Melayu, pelik juga kalau dipanggil sarang.
Jadi kita gunakan hives sahaja untuk rujukan.
[sociallocker]
Seperti ekzema, hives terdiri daripada sejenis golongan alahan kulit.
- Ruamnya besar dan merah.
- Pelbagai jenis saiz.
- Dicetuskan oleh makanan, ubat, cuaca, gigitan serangga, debunga dan sebagainya.
- Bayi mungkin akan merasa gatal tetapi tidak sakit.

Hives yang berbagai saiz dan bentuk.
Rawatan:
- Tiada rawatan yang khas diperlukan untuk kebanyakan hives.
- Ruam tersebut akan lenyap lebih kurang dalam masa 48 jam.
- Cuba kenalpasti ejen pencetus hives.
- Elakkan bayi daripada terdedah kepada ejen pencetus tersebut.
- Ubat tahan gatal seperti Zyrtec boleh digunakan untuk kanak-kanak lebih 2 tahun.
- Losyen calamine boleh disapu untuk mengurangkan kegatalan bayi.
- Jikalau bayi diiringi sesak nafas atau nampak lemah, sila rujuk pada doktor dengan serta merta.
Jerawat Neonatal
Anda patut hairan.
Mengapakah ruam pipi bayi yang baru lahir kelihatan seperti jerawat?
Apabila bayi masa berada dalam kandungan ibu, bayi tersebut and berkongsi darah dengan ibunya.
Sehubungan dengan itu, hormon ibu akan berada di dalam darah bayi si kecil juga.

Kebiasaannya di dahi dan pipi.
Rawatan:
- Tiada rawatan khas yang perlukan.
- Tidak perlu meletakkan apa-apa krim ruam bayi.
- Ambil pendekatan tunggu dan lihat.
- Pastikan ruam di muka bayi dicuci dengan air bersih setiap hari.
- Biasanya ruam tersebut akan hilang dalam beberapa minggu.
Kulat
Amatlah jarang sekali untuk seorang bayi untuk mendapat infeksi kulat.
Melainkan anda ada binatang peliharaan di rumah seperti kucing, hamster, anjing dan lain-lain.
- Kulat berjangkit melalui sentuhan.
- Ruam bertompok merah dan bersisik.
- Biasanya dikelilingi oleh cincin yang merah.
- Bahagian tengah ruam kulat adalah lebih pudar.
- Bayi akan merasa gatal.

Nampak cincin berwarna merah?
Rawatan:
- Untuk merawat kulat, ubat kulat diperlukan.
- Rawatan semulajadi seperti menggunakan minyak olive tidak berkesan.
- Untuk kes yang ringan, masa rawatan mengambil masa 2-3 minggu.
- Kes kulat yang lebih teruk boleh mengambil masa sehingga 6 minggu.
- Walaupun ubat kulat boleh dibeli dari farmasi, ini tidak dicadangkan untuk bayi.
- Kenalpasti ruam tersebut dengan doktor dahulu sebelum memulakan rawatan.
- Ubat kulat kalau disapu pada ruam lain boleh menyebabkan kulit bayi merasa perit dan sakit.
Kulit Ayam
Ataupun dikenali sebagai keratosis pilaris.
Mengapakan ia dipanggil kulit ayam?
Ini adalah kerana permukaan kulit seiras dengan kulit ayam (tanpa bulu).
- Jenis ruam bayi ini kadangkala boleh menggatal tetapi tidaklah sakit.
- Dijumpai di bahagian lengan, punggung dan paha.
- Boleh dijumpai di muka juga tapi jarang sama sekali.
- Disebabkan oleh pengumpalan keratin (sejenis protin) di bawah kulit.
- Keratin tersebut menyumbat pintu liang bulu roma.
- Kulit bayi yang kering lebih senang untuk mendapat ruam jenis ini.

Permukaannya kasar seperti kertas pasir.
Rawatan:
- Gunakan krim ruam bayi yang sesuai untuk mengurangkan kekeringan kulit.
- Mandi dengan air suam.
- Jangan mandi bayi terlalu lama.
- Gunakan sabun yang ringan dan tidak mengeringkan kulit bayi.
- Letakkan humidifier udara dalam rumah.
Milia
Salah satu jenis ruam bayi yang lebih biasa yang ditanya oleh ibu bapa.
“Apakah bintik-bintik putih di wajah bayi saya?”.
Tahu kenapa?

Bintik-bintik putih terutamanya di hidung.
Gumpalan putih kecil yang muncul di wajah bayi adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang tersekat dalam kulit bayi.
Ruam ini tidak gatal atau sakit, malah bayi tidak akan terasa apa-apa pun.
Rawatan:
- Tiada rawatan yang diperlukan.
- Apabila bayi matang, kelenjar minyak akan membesar.
- Minyak tersebut akan kembali ke tempat asalnya.
- Biasanya akan hilang dalam beberapa minggu.
Ruam Lampin
Ruam lampin ialah sejenis ruam yang sangat biasa.
- Disebabkan oleh pendedahan yang berpanjangan terhadap bahan kumuh.
- Bahan kumuh terutamanya campuran najis dan kencing.
- Lampin yang berkualiti rendah boleh mengakibatkan ruam lampin juga.
- Ini adalah kerana geseran berulangan lampin kualiti rendah dengan kulit bayi.

Ruam lampin biasanya kelihatan di bahagian sentuhan antara kulit bayi dengan lampin.
Rawatan:
- Menggunakan lampin yang lebih berkualiti, dengan kadar penyerapan yang lebih tinggi.
- Tukar lampin serta merta setelah bayi berkumuh.
- Cuci dengan air sejuk apabila membersihkan punggung bayi.
- Elak menggunakan kain lap bayi.
- Jikalau boleh, biar bayi lampin-bebas untuk mempercepatkan persembuhan.
- Sapu krim lampin pada ruam lampin setiap kali lampin ditukarkan.
Ruam Panas
Ruam panas bayi berlaku apabila kelenjar peluh di dalam kulit si bayi tersumbat.
Apabila ini terjadi, kulit bayi tidak mampu untuk mengeluarkan peluh tersebut.
- Lebih kerap semasa cuaca atau musim panas.
- Pakaian bayi yang terlampau tebal.
- Kelenjar peluh belum matang lagi.
- Penyapuan losyen atau krim yang terlampau tebal pada kulit bayi.
- Ruam kebiasaannya di bahagian leher, kelengkang dan ketiak.

Pakaian yang terlampau tebal boleh menyebabkan ruam panas.
Rawatan:
- Pakai pakaian yang lebih ringan semasa cuaca panas.
- Gunakan kipas angin atau penghawa dingin untuk merendahkan suhu bilik.
- Gunakan air suam semasa mandikan bayi.
- Gunakan syampu bayi seperti Little Innoscents Hair & Body Wash yang diperbuat daripada minyak pati semulajadi seperti spearmint dan limau manis, yang tidak mengeringkan kulit bayi.
- Belikan pakaian bayi yang boleh menyerap peluh.
- Ruam panas bayi biasanya akan hilang dalam beberapa hari.
- Calamine losyen boleh membantu mengurangkan kegatalan.
Toksikum Eritema
Walaupun nama ruam ni ada perkataan toksik, sebenarnya ruam toksikum eritema adalah jinak.
- Kelihatan di bayi-bayi yang lahir cukup bulan.
- Ruam tumbuh beberapa hari selepas lahir.
- Boleh dijumpai di muka, dada, tangan dan kaki tapi jarang di tapak.
- Warnanya merah dengan cecair di tengah ruam tersebut.
- Seperti nanah tapi sebenarnya bukan.
- Bayi tidak akan rasa sakit ataupun gatal.

Biji berwarna putih kelihatan di tengah-tengah setiap ruam.
Rawatan:
- Tiada rawatan khas yang diperlukan.
- Ruam tersebut akan lenyap dalam masa beberapa minggu.
- Kalau bayi didapati ada demam, sila rujuk pada seorang doktor serta merta.
Tompok Mongolian
Ruam ini agak ketara sekali apabila dibandingkan dengan ruam-ruam jenis lain.
Ini adalah kerana tompok Mongolian berwarna biru keungguan.
- Bayi tidak akan merasa gatal atau sakit.
- Kelihatan seperti lebam pada kulit bayi.
- Akan tetapi tekstur kulit adalah normal.
- Bayi yang berkulit gelap keturunan Asian, Afrikan atau India Timur lebih senang untuk mendapatinya.
- Ia disebabkan oleh pigmen kulit yang tidak sempat mencampai permukaan kulit bayi semasa pembentukan kulit.

Kelihatan seperti lebam yang besar.
Rawatan:
- Tiada rawatan khas yang diperlukan.
- Ruam biasanya akan pudar apabila bayi membesar (tingkat persekolahan).
- Tompok Mongolion tidak merbahaya dan ia tiada kaitan dengan penyakit genetic ataupun kanser.
Sekiranya anda masih tidak dapat mengenalpasti ruam yang bayi anda ada, jangan tunggu.
Sila berjumpa dengan seorang doktor ataupun pakar kanak-kanak untuk mengecam ruam tersebut.
Baik berwas-was, asalkan bayi selamat.
Pernahkah bayi anda mendapat ruam-ruam yang disebut di atas?
Kongsi pengalaman anda bersama kami di bahagian komen bawah.
Rujukan:
- Erythema Toxicum | Kidshealth
- Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) Guidelines | Ministry of Health Malaysia
- Cradle cap and seborrheic dermatitis in infants | UpToDate
- Diaper Rash | WebMD
- Keratosis Pilaris | WebMD
[/sociallocker]
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!