Panduan 2018: Membeli Beg Bayi Terbaik (Malaysia)

Pada waktu dahulu, membeli beg lampin di Malaysia tidak menjadi satu keperluan.

Kami percaya anda tengah mencari beg lampin yang terbaik untuk memuaskan keperluan anda.

Dalam artikel ini, kita akan sentuh aspek semasa memilih beg lampin. Selain daripada jenama, tapi jenis beg lampin yang sedia ada, fabrik yang digunakan serta ulasan.

A diaper bag.

Gambaran Umum

Jika anda sedang mencari beg lampin yang bergaya di Malaysia, anda mungkin perlu tahu beberapa perkara tentangnya.

Memilih beg lampin yang sempurna mungkin kelihatan kurang menarik berbanding memilih hiasan comel untuk ke pusat jagaan, tetapi beg bayi anda akan menjadi salah satu barang bayi yang paling kerap anda digunakan.

  • Amat berbaloi memikirkan sejenak dan menyelidik untuk pembelian anda.
  • Sesetengah faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk ruang penyimpanan, gaya, dan kualiti keseluruhan.
  • Ruang simpanan untuk bekalan lampin.
  • Beg yang mudah di cuci.

KEPERLUAN RUANG SIMPANAN ANDA AKAN MEMBANTU MENGECILKAN PILIHAN ANDA

Jenis Beg Lampin

Beg lampin datang dengan pelbagai jenis dan setiap jenis mempunyai fungsi yang ter sendiri.

Jom teliti dan lihat mana yang sesuai dengan anda:

Beg Lampin Galas Belakang

Jika anda bercadang untuk berjalan jauh atau perlu membawa barangan yang besar, beg lampin galas belakang menawarkan lebih banyak kapasiti penyimpanan.

Storksak Poppy

  • Kapasiti bawaan besar
  • Ruangan ke dalam
  • Sedikit kesakitan bahu
  • Anda perlu mengeledah beg untuk mendapatkan barangan anda
  • Tidak dapat melihat segala-galanya dari atas
  • Sesuai untuk kedua ibu dan bapa

Beg Gaya Tote

Sama seperti beg galas belakang cuma sebaliknya anda menggunakan bahu atau lengan-untuk membawa beg .

Kebanyakan beg bayi di pasaran adalah dengan gaya tote.

Anda tahu kenapa?

Storksak Elizabeth

Ini kerana ianya sangat bergaya dan kelihatan seperti beg tangan.

  • Bergaya
  • Tidak kelihatan seperti beg lampin
  • Untuk kegunaan seharian seperti hari membeli-belah
  • Bahu atau lengan sakit jika ianya terlalu berat
  • Lebih mudah di lihat dari atas
  • Mudah untuk sampai ke kompartemen
  • Kompartemen tidak begitu mendalam
  • Tidak sesuai untuk barangan yang besar seperti pam susu
  • Untuk ibu sahaja (melainkan ayah tidak keberatan)

Beg Gaya Pembawa

Sekiranya anda lebih berminat dengan beg yang mudah dipakai dan menyerlah apabila anda berjalan dengan bayi anda, beg gaya pembawa adalah pilihan yang lebih baik.

Ju-ju-be Commodore

  • Selesa dan mudah bergerak
  • Mudah untuk sampai ke kompartemen
  • Secara amnya lebih kecil dengan ruangan yang lebih sedikit
  • kompartemen tidak mendalam
  • Lebih senang di lihat dari atas
  • Sesuai untuk keluar sekejap (misalnya pergi ke pusat membeli-belah)
  • Sesuai untuk kedua ibu dan bapa

Tidak seperti beberapa tahun lepas, beg lampin hari ini datang dalam gabungan gaya yang berbeza.

Anda akan terkejut mengetahui yang beg lampin gaya tote juga boleh digunakan sebagai beg galas belakang.

Mendapatkan Beg Lampin Terbaik

Sejujurnya , tidak ada satu pun yang boleh di anggap sebagai beg lampin yang terbaik.

Tetapi tentunya, anda ingin mencari beg bayi yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Beg dengan lipatan tutup atas akan memastikan kandungannya kering dalam cuaca hujan, tetapi tutup tersebut mungkin menjadi masalah jika anda perlu mengakses ruang utama dengan kerap.

Juga, berikan seditkit pertimbangan pada tali pengetat yang digunakan pada poket dan kompartment tengah.

Zip, pelekat dan velcro adalah antara yang biasa.

Zippers used in a diaper bag.

Velcro dan pelekat adalah pilihan yang buruk jika anda perlu membuka beg yang besar dalam persekitaran yang senyap, seperti perpustakaan, mesyuarat kumpulan atau masjid.

Sesetengah beg yang bagus menggunakan magnet yang kuat untuk memastikan poket dan penutup tertutup sepenuhnya.

Jika ayah adalah seseorang yang akan membawa beg itu dengan kerap, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk tidak membeli beg lampin dengan corak bunga dan beg yang direka untuk kelihatan seperti beg tangan yang besar.

Memilih warna neutral seperti coklat, kuning air, kelabu, dan lain-lain (tidak seperti merah jambu untuk perempuan atau biru untuk kanak-kanak lelaki) juga akan bermakna anda tidak perlu membeli beg baru jika anak perempuan anda mendapat adik lelaki suatu hari nanti.

Kualiti Beg Lampin

Beg lampin memerlukan banyak pengendalian yang kasar, jadi kualiti beg adalah penting jika anda mahukan ia tahan dari masa ke masa.

Pada yang lebih rendah kualiti, talinya boleh menjadi sangat rapuh dan lemah.

Tali berkualiti rendah ini tidak akan dapat mengekalkan penyesuaian kepanjangannya dan anda akan mendapati beg itu sentiasa tergelincir ke lutut anda.

Berjalan dengan kanak-kanak cukup memenatkan, anda pasti tidak mahukan tugas tambahan asyik perlu membetulkan tali.

Beg lampin yang hebat mempunyai ciri-ciri ini:

  • jahitan dan sulaman yang teliti
  • pengikat yang kuat
  • slaid dan gesel
  • tali yang kuat

Beg Lampin Dengan Ruang Yang Banyak

Mempunyai beg lampin bererti mempunyai beg yang anda boleh memasukkan sebanyak mungkin keperluan bayi di dalamnya.

Tiada gunanya mempunyai beg bayi yang kelihatan bagus tetapi anda hanya boleh meletakkan perkara-perkara yang minimum di dalamnya. Ia berlawanan dengan tujuan asal untuk mempunyai beg lampin.

Mendapatkan beg lampin adalah satu hal tetapi mengetahui apa yang perlu dimasukkan di dalam adalah satu hal lagi.

Tidak pasti apa yang perlu dimasukkan ke dalam beg lampin?

Muat turun dan cetak senarai semak BabyCenter yang di buat dengan cantik.

Dan ya, memang ada banyak perkara. Oleh itu, Memang ada alasan untuk mempunyai banyak ruang.

Jenis Fabrik Yang Digunakan

Mendapatkan beg lampin dengan fabrik yang betul adalah satu lagi faktor penting untuk dipertimbangkan ketika memilih bakal beg lampin anda.

Berikut adalah pecahan beberapa perkara biasa yang akan anda temui dalam carian anda:

Kanvas Kapas

Cotton canvas for diaper bags

Kanvas kapas adalah salah satu pilihan kain yang lebih popular yang digunakan untuk membuat beg lampin.

Kelebihan:

  • Ringan
  • Bahan yang mudah untuk dibersihkan
  • Lebih banyak reka bentuk tersedia (dari segi cetakan)

Kekurangan:

  • Perlukan bahan sokongan seperti aksen kulit untuk meningkatkan ketahanannya
  • Basuh bersih atau basuh tangan sahaja
  • Warna mungkin pudar dari masa ke masa

Storksak Noa Leather

Kulit

Mempunyai beg lampin yang diperbuat daripada kulit adalah pengalaman yang berbeza sama sekali, dan ia juga mempunyai tanda harga yang lebih tinggi.

Kelebihan:

  • Beg ini boleh tahan sehingga bertahun-tahun
  • Sangat tahan lasak
  • Bergaya dan berkelas

Kekurangan:

  • Boleh jadi agak berat
  • Hanya boleh di lap bersih sahaja
  • Mahal

Vegan leather for diaper bags.

Kulit Vegan

Alternatif kepada kulit. Kelihatan seperti kulit tetapi bukan kulit. Ada yang menyebutnya sebagai kulit tiruan, kulit buatan atau leatherette.

Ia biasanya diperbuat daripada bahan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan.

Kelebihan:

  • Lebih ringan berbanding kulit
  • Tahan lama
  • Kelihatan dan rasa seperti kulit
  • Alternatif yang lebih murah untuk menggunakan kulit

Kekurangan:

  • Masih mahal
  • Boleh Lap bersih sahaja
  • Gores dan koyakan boleh berlaku jika tidak dijaga dengan betul

Diaper bag made from nylon.

Nilon

Ini juga merupakan bahan yang biasa digunakan untuk membuat beg lampin, sama seperti kanvas kapas.

Kelebihan:

  • Tahan lama
  • Ringan
  • Tahan dengan kotoran
  • Warna tidak mudah pudar
  • Mesin Boleh dibasuh mungkin untuk jenis nylon tertentu

Kekurangan:

  • Mudah kotor
  • Mudah terkena pewarna (warna lain) semasa dicuci
  • Tidak trbakar tetapi cair dengan mudah

Beg Perjalanan Bayi

Anda mungkin terjumpa istilah beg perjalanan bayi apabila anda mencari beg lampin.

Adakah ianya serupa?

Secara teknikal, beg perjalanan bayi juga adalah beg lampin. Walau bagaimanapun, tidak semua beg lampin adalah beg perjalanan bayi.

Kenapa?

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, beg lampin datang dalam pelbagai saiz. Jika anda bercadang untuk menempuh jarak jauh, tidak logik untuk mendapatkan beg yang kecil.

Anda akan terkejut yang beberapa beg perjalanan malah boleh memuatkan bayi di dalamnya tetapi ianya biasa dirujuk sebagai katil perjalanan.

Mungkin agak tidak elok mata memandang namun ia menyelesaikan masalah.

A baby travel-cot.

Untuk mendapatkan beg perjalanan bayi, beberapa perkara perlu menjadi pertimbangan utama anda:

  • Berapa lamakah perjalanan anda?
  • Ke manakah anda akan pergi?
  • Sejauh manakah jarak perjalanan anda?
  • Adakah ini perjalanan sekali atau akan ada lebih banyak perjalanan lagi?
  • Adakah terdapat sebarang kedai semasa perjalanan anda bagi tujuan keperluan bayi anda?

SAIZ PENTING BILA ADA PERJALANAN

Anda pasti akan mempunyai banyak barangan bayi yang perlu anda bawa bersama -sama.

Oleh kerana sesetengah beg lampin tidak begitu “murah” atau super murah, anda benar-benar perlu berfikir dua kali sebelum membelinya.

Jadi… beg yang dapat di gunakan semula turut penting.

Anda pastinya tidak mahu membawa sebilangan lampin yang berat dan besar semasa hari biasa.

Penyelesaian terbaik?

Dapatkan beg lampin dengan saiz yang cukup besar dan tidak terlalu berat untuk anda keluar.

Barang tambahan seperti susu, lampin, pakaian atau tuala, sumbatkannya di dalam bagasi anda.

Beg Lampin Yang Disyorkan

Sekarang anda tahu jenis beg yang anda perlu dapatkan, juga adalah penting memilih jenama yang juga bereputasi .

Terdapat banyak jenama yang berbeza di Malaysia tetapi yang disyorkan adalah:

Kesemuanya adalah jenama yang mantap di pasaran, oleh itu kualiti beg lampin tersebut biasanya agak tertinggi.

Walaupun demikian sesetengah beg ini agak mahal dan ia bukan satu tugas yang mudah untuk mencari mereka.

MENDAPATKAN BEG LAMPIN YANG BERKUALITI TINGGI ADALAH PELABURAN UNTUK MASA DEPAN

Beg-beg ini pastinya akan tahan lama berbanding dengan yang lebih murah.

Ia juga penting untuk membaca ulasan beg lampin untuk mendapatkan gambaran umum mengenai prestasi beg tertentu.

Storksak Eden - Grey

Di Mana Untuk Beli Beg Lampin Yang Bergaya Di Malaysia?

Kebanyakan kedai bayi utama di Malaysia menjual beg bayi.

Anda juga boleh melihat laman web pengedar rasmi jenama tertentu untuk memeriksa kedai yang ada di sekitar kawasan anda.

Pada saat ini, kami diberi di benarkan untuk menjual 4 jenama ini:

Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk memeriksa yang ini.

Ulasan Beg Lampin Oleh Rakyat Malaysia

Berikut adalah himunan semula ulasan oleh rakyat Malaysia berkenaan beg lampin yang boleh dibeli di Malaysia.

Skip Hop Downtown Chic Satchel

Ulasan Skip Hop Chelsea Down Downtown Chic Satchel

Saya suka beg lampin ini kerana fungsinya. Ia dilengkapi dengan 12 poket, termasuk 4 poket dalaman! Ini membantu saya menyusun dan mengatur semua item dengan kemas.

Ia begitu bergaya. Jadi, saya tidak perlu membawa beg tangan tambahan.

Saya telah menggunakan 2 poket botol bertebat di setiap sisi untuk memasukkan beberapa barangan yang paling kerap di guna seperti puting kerana ianya lebih mudah untuk dicapai.

Diulas oleh Illy Ariffin. Baca ulasan penuh di sini.

Ulasan Storksak Emily

Apa yang saya mahukan adalah ‘beg dewasa’ yang praktikal dan banyak ruang bagi saya untuk menyimpan semua barangan bayi saya.

Ia hampir tidak berat lansung apabila semuanya kosong di dalam dan hanya tinggal beg.Agak tidak masuk akal untuk mempunyai beg lampin yang berat kerana sebagaimana yang kita maklum, kita meletakkan bermacam perkara di dalam beg lampin.

Diulas oleh Shu Yin. Baca ulasan penuh di sini.

Ulasan Skip Hop Swift Station

Reka bentuk nya yang kemas dan ada ciri-ciri kelakian kat situ.

Tampak elegen, kasut, gaya dan tak nampak macam beg sandang lansung. Reka bentuk nya lain dari yang ada kat pasaran.

Poket yang disediakan memudahkan nak susun letak barang.

Diulas oleh Nina Mirza. Baca ulasan penuh di sini.

Ulasan Beg Lampin Simple Dimple

Ada banyak jenis beg lampin Simple Dimple Shield , yang cantik ada, yang stylo milo pun ada.

Bahagian kompartemen dalam dia agak luas.Moden, tahan lasak & ringan.

Ada tempat khas untuk letak botol susu/botol air supaya kekal sejuk/panas.

Di ulas oleh Shakina Farhan. Baca ulasan penuh di sini.

Seperti yang anda dapat lihat, ruang dan poket yang banyak merupakan faktor terpenting bagi kebanyakan ibu.

A diaper bag mock up.

Perkara Yang Perlu Di Pertimbangkan

  • Ketahui sebab anda membeli beg itu: perjalanan pendek atau panjang.
  • Tentukan kapasiti storan.
  • Pilih gaya yang memenuhi keperluan anda: sandang belakang, tote, klac atau pembawa.
  • Pastikan tali, gesel dan reka bentuk umum adalah berkualiti.
  • Pilih jenama yang bereputasi.
  • Baca ulasan dalam talian.
  • Bersedia untuk berbelanja lebih sedikit bagi mendapatkan beg lampin yang baik.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *